2025-08-04 HaiPress
Foto fail
KUALA LUMPUR,1 Ogos -Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini berikutan tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas rakan dagangannya.
Pada penutup,Ogos 2025 menurun kepada US$3,310.40 satu auns troy daripada US$3,324.80 semalam,September 2025 susut kepada US$3,316.30 satu auns troy berbanding US $ 3,330.70 sebelum ini,manakala Oktober 2025 berkurangan kepada US$3,345.40 satu auns troy daripada US$3,360.80.
Bagaimanapun,November 2025 meningkat kepada US$3,362.80 satu auns troy berbanding US$3,360.80 sebelumnya,manakala Disember 2025,Februari 2026 dan April 2026 adalah lebih tinggi pada US$3,380.20 satu auns troy daripada US$3,360.80.
Jumlah dagangan menurun kepada tujuh lot daripada 10 lot,manakala kepentingan terbuka melemah kepada 29 kontrak daripada 47.
Berdasarkan penetapan tengah hari 31 Julai,London Bullion Market Association,emas fizikal ditetapkan pada US$3,298.85 satu auns troy. - BERNAMA