Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

RM3.6 juta kerugian kes penipuan umrah sejak 2024

2025-08-05 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,5 Ogos – Sebanyak 204 aduan berkaitan penipuan umrah melibatkan anggaran kerugian melebihi RM3.6 juta diterima Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) bagi tempoh 2024 sehingga Mei lalu.

Dalam tempoh sama juga sebanyak 58 aduan berkaitan penipuan haji turut dilaporkan dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM600,000.

Menyentuh mengenai status 47 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan haji pada 23 Jun lalu,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr. Zulkifli Hasan berkata,MOTAC boleh mengambil tindakan penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen 8 Akta 482.

''MOTAC telah dimaklumkan berkenaan pelanggaran peruntukan di bawah Akta Tabung Haji 1995 oleh syarikat pelancongan yang terlibat. TH telah menerima maklumat daripada PDRM mengenai 25 laporan polis yang dibuat oleh pengadu berkait dengan kes penipuan pakej haji.

"Pada 26 Jun,didapati terdapatnya pelanggaran peruntukan Seksyen 27(1)(a),(c) dan (d),Akta Tabung Haji 1995 oleh pihak yang mengelolakan perjalanan haji tersebut,walaupun mereka bukan pemegang lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang sah,bagi musim haji 2025," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jeli,Zahari Kechik,berkenaan jumlah kerugian yang telah ditanggung oleh Jemaah haji dan umrah bagi tahun 2024 dan 2025.

Tegas beliau,agensi atau individu yang terlibat dengan kes jemaah yang terkandas atas cubaan menggunakan visa pelancong bagi tujuan melaksanakan haji juga bukan dalam kalangan PJH yang dilesenkan oleh TH.

Pada masa sama,beliau turut menegaskan pihak TH tidak menawarkan perkhidmatan badal haji.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap