Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Lebih 1,000 pelajar sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025

2025-08-07 HaiPress

Seramai lebih 1,000 pelajar daripada 20 buah sekolah menyertai Fiesta Rakan Muda Negeri Pahang 2025

KUANTAN,6 Ogos – Seramai lebih 1,000 pelajar daripada 20 buah sekolah menyertai Fiesta Rakan Muda Negeri Pahang 2025,sebagai usaha memperkasa pembangunan belia menerusi pelbagai aktiviti berfaedah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia,Belia,Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri,Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri berkata program itu menjadi platform penting dalam membentuk jati diri golongan remaja di Pahang ke arah kehidupan yang lebih berdisiplin dan bermatlamat.

Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri
“Program seumpama ini akan terus diadakan bagi melahirkan remaja yang berdisiplin,mempunyai sahsiah tinggi dan matlamat hidup yang jelas,sekali gus mengelak daripada pembaziran masa,” katanya.Beliau berkata demikian kepada RTM selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 di Stadium Darul Makmur,di sini.Fiesta berkenaan dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang (JBSNP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri sebagai inisiatif menyokong pembentukan pemimpin pelapis masa depan melalui program bercorak kepimpinan,sukan,kesukarelawanan dan pembangunan komuniti.Sementara itu,Pengarah JBSNP,Nor Azli Mohamad Daud memaklumkan pihaknya sedang mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai bagi pembinaan baharu serta kerja penyelenggaraan fasiliti sukan di seluruh negeri.“Tumpuan utama ketika ini adalah menaik taraf kemudahan sedia ada. Di seluruh daerah,terdapat beberapa Kompleks Rakan Muda dan kompleks sukan yang sedang melalui proses naik taraf dan akan diumumkan untuk kegunaan komuniti dalam masa terdekat,” katanya.Beliau turut menjelaskan,Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Pahang,yang memiliki 12 fasiliti sukan utama,dijangka dibuka semula kepada orang ramai awal tahun hadapan selepas proses penyelenggaraan selesai.Nor Azli berharap segala inisiatif itu akan memberi impak positif dalam meningkatkan budaya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Pahang.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap