Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Asia enjin pertumbuhan global, perkukuh hab ekonomi baharu

2025-09-01 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

TIANJIN,1 September – Asia perlu memainkan peranan sebagai enjin pertumbuhan global demi pada masa depan yang terbuka,stabil dan saling menghormati sekali gus menjadi penentu dalam memperkukuh hab ekonomi serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan,negara-negara di rantau ini mempunyai tanggungjawab untuk memastikan penyusunan semula ekonomi selain meningkatkan kerjasama meliputi keadilan dan kemakmuran bersama.

"Kita mesti menukar fikiran bahawa dunia tidak mempunyai alternatif tetapi berpecah menjadi blok. Kita boleh memilih untuk bekerjasama tanpa halangan dan bergantung antara satu sama lain.

"China,sebagai kuasa besar mempunyai peranan unik untuk dimainkan di kawasan serantau yang akan menentukan keterbukaan rantau ini meliputi kestabilan dan keterangkuman.

"Malaysia pula boleh memberikan sumbangan dengan menonjolkan keyakinan kepada pelabur tanpa rasa curiga,serta bersikap terbuka tanpa bersikap naif," katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Saling Bergantung dan Berdaulat: Membina Masa Depan Bersama di Asia' di Universiti Tianjin di sini.

Universiti Tianjin terkenal dengan program teknologi,kejuruteraan dan sains serta mempunyai kerjasama berkembar dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam bidang kejuruteraan kimia.

Program itu dihadiri 500 peserta terdiri daripada pelajar,ahli akademik dan wakil kumpulan pemikir.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap