2025-09-01 HaiPress
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,31 Ogos - Ringgit dijangka diniagakan tidak berubah dengan kecenderungan meningkat minggu depan.
Ia susulan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan BNM akan mengekalkan kadar semalamannya (OPR) pada2.75 peratus.
Beliau berkata BNM sebelum ini telah membuat penurunan awal kadar tersebut,dan tahap akomodasi dasar monetari sedia ada dilihat memadai untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau juga menjangkakan ringgit akan berlegar antara 4.21 dan 4.23 berbanding dolar AS.