Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

KPT prihatin kebajikan pelajar, termasuk pengajian separuh masa

2025-09-03 HaiPress

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Mustapha Sakmud/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,3 September - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT),termasuk pelajar yang mengikuti pengajian secara separuh masa.

Timbalan Menterinya,Datuk Mustapha Sakmud berkata,sebagai komitmen berterusan pelbagai bentuk bantuan disediakan bagi memastikan tiada pelajar tercicir daripada akses pendidikan tinggi yang berkualiti.

"Misalnya bantuan pembiayaan pendidikan pelajar B40 dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuk yang mengikuti pengajian separuh masa boleh dikategorikan sebagai peminjam yang layak diberi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) maksimum.

"Ini berdasarkan kelayakan pelajar,ibubapa atau penjaga sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah mengikuti pengajian separuh masa di IPT," katanya menjawab soalan Senator Noorita Sual di Dewan Negara.

Sehingga Julai tahun ini,PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada lebih 3.1 juta peminjam daripada golongan B40,termasuk penerima STR.

Pinjaman itu turut merangkumi pelajar yang mengikuti pengajian secara separuh masa,dengan jumlah keseluruhan pinjaman mencecah RM59.44 bilion.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap