2025-09-18 HaiPress
FOTO PGO JBPM Sabah
TAWAU,18 September- Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas ketika bermandi-manda di Sungai Balung River Eco Resort,Batu 24 Jalan Apas,di sini,semalam.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada 3.24 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau diketuai PBK I Mohd Yahya Abd Fattah bersama 10 anggota bergegas ke lokasi sejauh 45 kilometer.
Mangsa ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi awal dilaporkan,tersangkut di celah batu pada kedalaman tiga kaki,sebelum disahkan meninggal dunia.
Operasi ditamatkan pada 5.35 petang dengan kerjasama tujuh anggota polis,manakala Ketua Balai Tawau,TPgB Jemishin Ujin mengesahkan kejadian.
Mayat diserahkan kepada polisuntuk tindakan lanjut.