2025-10-13 HaiPress
Foto Facebook UiTM Cawangan Pahang
KEMAMAN,12 Oktober –Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang,ditemukan lemas ketika mandi kolam bersama keluarganya di sebuah hotel di Kijal,dekat sini,petang semalam.
Mangsa,Nurhazwani Abd Halim,34,yang juga anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri,Datuk Abd Halim Jusoh,ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 5.30 petang,oleh suaminya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman,DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata,mangsa turun bersama-sama suaminya untuk mandi kolam kira-kira 4.30 petang dan disedari lemas kira-kira sejam kemudian.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Urusan bedah siasat jenazah mangsa selesai kira-kira pukul 3 petang tadi.
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas,Kajang,Selangor untuk urusan pengebumian.
Bekas Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal,Datuk Razali Idris turut menziarahi keluarga mangsa di Hospital Kemaman,pagi tadi.