2025-10-13 HaiPress
Pengerusi MyCARE,Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha (tengah) /Foto RTM
SEPANG 12 Oktober - Humanitarian Care Malaysia(MyCARE) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan atas usaha membawa pulang sembilan yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG).
Pengerusi MyCARE,Datuk Seri Ir Profesor Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata,usaha diplomasi berterusan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan dengan kerjasama Turkiye membantu proses pembebasan,seterusnya membawa pulang kesemua aktivis berkenaan.
Tegas beliau,MyCARE akan terus memainkan peranan aktif dalam membebaskan Palestin.
"MyCARE percaya bahawa perjuangan membebaskan negara palestin bukan hanya terhenti setakat ini. Malah,kita tidak akan berhenti berjuang untuk memerdekakan Palestin yang telah dijajah Israel selama 76 tahun," ujarnya.
"Misi ini tidak perlu sampai ke Gaza untuk dianggap berjaya. Ketika dunia mula memerhati dan kita semua resah tentang nasib rakyat Gaza,objektif misi ini telahpun tercapai. Israel boleh menahan kapal dan memenjarakan aktivis kita,namun gelombang flotila ke Gaza akan terus berlayar dan tidak mampu memadam semangat solidariti kita semua," tegas beliau.
Datuk Seri Ir Profesor Dr Kamal berkata demikian dalam sidang media selepas ketibaan aktivis misi FFC X TMTG tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 4.01 petang dari Istanbul.