Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

ASEAN: Malaysia zahir penghargaan kepada Thailand dan Kemboja

2025-10-31 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,31 Oktober - Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menzahirkan penghargaan kepada Thailand dan Kemboja kerana mempercayai usaha Malaysia dalam membantu memudah cara serta mempercepatkan penyelesaian aman pertikaian sempadan antara kedua-dua negara.

Beliau turut menghargai sokongan berterusan semua negara anggota ASEAN termasuk rakan dialog seperti Amerika Syarikat (AS) terhadap usaha tersebut.

"Oleh itu,kita mesti terus mempertahankan dua kekuatan utama kita iaitu perpaduan dalaman dan keterbukaan luaran.

"Atas faktor inilah,ASEAN telah memperoleh kepercayaan dan kredibiliti sebagai tuan rumah yang berkecuali dan boleh dipercayai dalam mengendalikan agenda keselamatan serantau",katanya ketika berucap pada pembukaan ADMM ke-19 di sini,hari ini.

Pada masa sama,beliau turut menyeru semua negara anggota turut membantu dan mempercepatkan penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN.

Tegas beliau,usaha berterusan ini bukan sekadar menyelesaikan pertikaian sempadan,tetapi melambangkan keupayaan ASEAN untuk membina keyakinan dan menyelesaikan konflik secara aman.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap