Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

KUSKOP perkukuh penyelarasan agensi,kerajaan negeri bantu usahawan luar bandar Sabah

2025-11-03 HaiPress

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),Datuk Ewon Benedick/RTM

KUALA LUMPUR,3 November -Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memberi tumpuan memperkukuh penyelarasan antara agensi dan kerajaan negeri,bagi membangunkan usahawan luar bandar serta memperluas rangkaian logistik di Sabah.

Menterinya,Datuk Ewon Benedick berkata,beberapa platform telah diwujudkan termasuk Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Tempatan,Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional,serta Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan untuk menyelaras pelaksanaan dasar dan program pembangunan keusahawanan di seluruh negara.

"Sebab itu di Sabah kita mulakan dengan projek Tamu Desa yang sesuai dijadikan sebagai hub pemasaran produk luar bandar dan pedalaman. Kita juga membina Hub PMKS oleh SME Corp sebagai pusat sehenti,tetapi kita juga menggalakkan gerakan koperasi membina pusat pengumpulan serta pusat pemasaran. Kita akan memberi sokongan termasuk menyediakan bantuan pembiayaan yang diperlukan," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Padang Besar,Rushdan Rusmi dalam Dewan Rakyat,berhubung langkah penyelarasan kementerian dalam membangunkan usahawan luar bandar serta rancangan mewujudkan rangkaian logistik di Sabah.

Datuk Ewon menegaskan,langkah itu membuktikan komitmen KUSKOP dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan luar bandar melalui pendekatan kolaboratif dan sokongan pembiayaan yang lebih tersusun.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap