Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

'Muslim Choice' tidak diiktiraf sebagai penanda halal - JAKIM

2025-11-03 HaiPress

Foto Facebook JAKIM

KUALA LUMPUR,3 November - Istilah “Muslim Choice” tidak diiktiraf sebagai penanda halal yang halal.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee menerusi satu kenyataan berkata,istilah diperkenalkan Muslim Friendly Watch (MFW) itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.

Jelasnya,sebarang penggunaan logo,simbol,istilah,kenyataan atau ungkapan yang membawa maksud halal yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak selain JAKIM,Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri adalah tidak sah serta menyalahi peraturan.


"Perbuatan itu boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara dan mengelirukan pengguna Muslim," menurut beliau dalam kenyataan itu.


Kenyataan itu dikeluarkan selepas JAKIM menerima maklumat MFW membuat penarafan itu untuk memberi keyakinan kepada pengguna Muslim mengenai produk atau premis yang diiktiraf pertubuhan berkenaan sebagai berkualiti,bersih,selamat serta selari prinsip Islam.

Satu pertemuan telah diadakan antara JAKIM dengan MFW pada 23 Ogos lalu,memaklumkan pengiktirafan "Muslim Choice" diberikan pertubuhan terbabit boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Pada pertemuan itu,katanya,JAKIM turut meminta MFW menghentikan tindakan berkenaan.

"Bagaimanapun,berdasarkan aduan daripada pihak berkuasa agama negeri,MFW dikesan masih meneruskan aktiviti terbabit," tambahnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap