Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

MTL dijangka bermula 13 November ini

2025-11-10 HaiPress

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR 10 November -Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 13 November sehingga Mac 2026.

METMalaysia memaklumkan bahawa lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku sepanjang tempoh tersebut.

"Hujan lebat berterusan untuk beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah.

"Tiupan angin timur laut yang berterusan dan kencang boleh mengakibatkan laut bergelora serta peningkatan paras air laut,khususnya di perairan Laut China Selatan," menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu,orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat dan sentiasa peka terhadap maklumat,nasihat,ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan,aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap