Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Malaysia kekal destinasi pilihan pelabur

2025-11-20 HaiPress

Foto fail

KUALA KUMPUR,19 November -Malaysia kekal berada pada landasan kukuh untuk mengekalkan momentum pelaburan selepas merekodkan RM285.2 bilion nilai pelaburan diluluskan bagi tempoh Januari hingga September 2025.

Peningkatan 13.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu itu,mencerminkan keyakinan pelabur yang konsisten terhadap daya tarikan ekonomi Malaysia.

Menurut Felo Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER),Dr. Nur Surayya Mohd Saudi,momentum positif berkenaan dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh serta kemampuan sektor bernilai tinggi membawa masuk pelaburan baharu.

“Secara keseluruhannya,kestabilan politik dan dasar ekonomi yang konsisten telah menjadi pemangkin kepada prestasi pelaburan dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

Tanpa asas kukuh dan arah pembangunan yang jelas,pencapaian seperti ini pasti sukar direalisasikan,” katanya.

Menurut beliau,pendekatan 'whole-of-government' yang dilaksanakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut mempercepatkan proses kelulusan,selain membantu memenuhi keperluan pelabur dengan lebih menyeluruh.

Langkah itu juga katanya,mengukuhkan keyakinan pelabur asing terhadap pasaran domestik dan mempercepatkan realisasi projek pelaburan berskala besar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap