Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan pengukuhan ringgit

2025-12-29 HaiPress

Foto fail/ RTM

KUALA LUMPUR,26 Disember - Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat,menjejaki keuntungan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah stabil,bagaimanapun ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS telah menjejaskan sentimen.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran telah pulih berikutan langkah-langkah rangsangan ekonomi di China,kebimbangan terhadap bekalan getah.

"Bagaimanapun,keuntungan selanjutnya dihadkan oleh data ekonomi China lebih lemah dan jangkaan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat pada Januari,2026 berdasarkan petunjuk ekonomi AS yang kukuh," katanya kepada Bernama.

Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Jumaat,disokong oleh risiko berkaitan cuaca untuk membekalkannya daripada pengeluar utama,Thailand,dilaporkan bahawa harga bahan mentah kekal tinggi berikutan banjir di selatan Thailand dan konflik antara Thailand dan Kemboja,katanya.

Pada 3 petang,Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 11 sen kepada 743.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot dua sen kepada 574 sen sekilogram. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap