2026-03-19 HaiPress

Pengarah Teknologi dan Inovasi,Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU),Dr Veysel Binbay
KUALA LUMPUR,19 Mac – ABU Digital Broadcasting Symposium (DBS) kembali dianjurkan tahun ini sebagai antara platform utama menghimpunkan penggiat industri penyiaran bagi membincangkan perkembangan teknologi dan cabaran semasa dalam sektor tersebut.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sehubungan itu,simposium berkenaan akan memberi penekanan terhadap pendekatan seimbang dalam memanfaatkan teknologi baharu tanpa mengabaikan nilai teras industri,di samping membincangkan langkah terbaik untuk menangani cabaran tersebut secara kolektif.
Lebih 1,000 peserta dijangka menyertai simposium ini termasuk kira-kira 300 hingga 400 wakil penyiar,vendor dan rakan industri,dengan edisi ke-22 ini turut menampilkan barisan pakar terkemuka bagi memperkukuh perkongsian ilmu dan jaringan dalam industri penyiaran.