2026-03-19 HaiPress

Seramai 67 pelajar daripada 24 kolej vokasional dari seluruh negara telah memulakan latihan menerusi Program T-Gear.
KUALA LUMPUR,19 Mac – Prasarana Malaysia Berhad menyasarkan penyertaan 1,000 pelajar dalam tempoh lima tahun,menerusi Program TVET Graduate Empowerment through Apprenticeship & Readiness (T-GEAR) sebagai langkah strategik memperkukuh masa depan industri pengangkutan awam negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional,Kementerian Pendidikan Malaysia,Ts. Zulkernai Fauzi berkata,pendekatan latihan berasaskan industri seperti yang dilaksanakan melalui program T-GEAR mampu memperkukuh kebolehpasaran graduan TVET yang berkemahiran tinggi.
“Kerjasama strategik antara industri dan institusi latihan adalah penting bagi memastikan kurikulum latihan sentiasa relevan dengan keperluan industri.
“Program seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran secara praktikal di persekitaran kerja sebenar,” katanya.
Ketika ini,seramai 67 pelajar daripada 24 Kolej Vokasional telah memulakan latihan dengan penempatan di depot bas sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang bagi mendapatkan pengalaman industri secara langsung dalam operasi sebenar pengangkutan awam.
Antara fokus utama program adalah modul Pengoperasian Bas Elektrik yang memberi pendedahan kepada teknologi mobiliti hijau selain latihan berstruktur merangkumi pembelajaran teori dan praktikal di tempat kerja.
Pelajar yang menamatkan program akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran serta Sijil Latihan Industri Prasarana,sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Program T-GEAR yang diperkenalkan pada 2025 itu turut menyokong aspirasi Dasar TVET Negara 2030 dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi,sekali gus memperkukuh pembangunan sistem pengangkutan awam negara secara menyeluruh.