
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,6 Jun – Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) digesa mengorak langkah bagi melebarkan sayapnya di peringkat ASEAN sebagai hab latihan dan pusat perkongsian ilmu komunikasi serantau.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Abdul Halim Hamzah berkata,langkah tersebut boleh dilaksanakan menerusi pengukuhan jaringan kerjasama,perkongsian kepakaran,serta pelaksanaan program pembangunan kapasiti bersama negara-negara anggota.RINGKASAN BERITA AI−Mengulas mengenai pencapaian institut itu,Abdul Halim berkata sepanjang lima dekad lalu,IPPTAR telah menunjukkan perubahan yang amat membanggakan.Katanya,bermula daripada sebuah institut latihan penyiaran yang menyediakan latihan teknikal kepada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM),ia berkembang menjadi institusi latihan yang turut memberi fokus kepada komunikasi strategik bagi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di bawah Kementerian Komunikasi.Kini,IPPTAR turut menjadi pusat rujukan pelbagai agensi kerajaan dalam bidang penyiaran dan komunikasi melalui pelaksanaan program berimpak tinggi serta kerjasama strategik di peringkat serantau dan antarabangsa.