Rumah Produk Teknologi Gambar kereta Komuniti pemain Perniagaan setiap minggu Permainan hiburan Lebih

UUM pastikan program pengajian kekal relevan dengan industri

2026-06-14 HaiPress

Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed / Foto RTM

SINTOK,14 Jun – Program akademik yang ditawarkan Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan antara yang terbaik di Malaysia dan sentiasa diperkasakan bagi memenuhi keperluan semasa industri.

RINGKASAN BERITA AI

“Saya boleh katakan bahawa program-program kita memang menepati cita rasa industri,memang memenuhi kehendak industri dan kita berjaya memastikan graduan-graduan kita ini sangat diikehendaki oleh industri.

“Yang kedua,kita juga sentiasa bekerjasama rapat dengan industri.

“Setiap masa,walaupun kita duduk jauh di utara ini,tetapi industri sentiasa datang untuk bekerjasama membantu kita,membantu pelajar-pelajar kita,membantu memastikan bahawa pelajar-pelajar kita mempunyai ilmu yang sebaik mungkin seperti mana yang dikehendaki oleh industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah dalam Program Graduate Employability: Reality vs Expectation di Kompleks Konvensyen UUM,di sini.

Program anjuran Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG),UUM.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap