Rumah Produk Teknologi Gambar kereta Komuniti pemain Perniagaan setiap minggu Permainan hiburan Lebih

Tentera Zionis enggan berundur dari Lubnan, mahu hapuskan Hizbullah

2026-07-01 HaiPress

Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu / Foto fail REUTERS

LUBNAN,1 Julai – Tanpa menghiraukan perjanjian rangka atau framework agreement yang diusahakan sekutunya Amerika Syarikat (AS),Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu menegaskan tenteranya akan terus berada di selatan Lubnan sehingga ancaman daripada Hizbullah dihapuskan sepenuhnya.

RINGKASAN BERITA AI

Perjanjian rangka yang dimeterai di Washington itu menggariskan pelan pelaksanaan secara berperingkat yang memberi tanggungjawab kepada Angkatan Tentera Lubnan untuk mengambil alih kawalan di beberapa kawasan di selatan Lubnan.

Mengikut perjanjian itu,tentera Israel akan berundur secara berperingkat selepas kawasan berkenaan disahkan bebas daripada kehadiran Hizbullah.

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan perjanjian itu,Angkatan Tentera Lubnan dikehendaki memperkukuh penempatan anggotanya di zon yang ditetapkan,memusnahkan infrastruktur Hizbullah serta menguatkuasakan larangan kekal terhadap kepulangan kumpulan itu ke kawasan berkenaan. AS pula berjanji akan terus memberikan sokongan kepada Angkatan Tentera Lubnan.

Hizbullah bagaimanapun mengecam perjanjian tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu “penghinaan”.

Kumpulan itu turut memberi amaran bahawa sebarang cubaan untuk melucutkan senjatanya secara paksa boleh mencetuskan konflik dalaman di Lubnan,selain menegaskan akan meneruskan operasinya.

Sehingga kini,Israel masih belum mengumumkan sebarang tempoh masa yang jelas untuk pengunduran sepenuhnya tenteranya dari kawasan yang disifatkannya sebagai “zon keselamatan”,sedangkan perkara itu merupakan antara tuntutan utama Lubnan dalam rundingan yang sedang berlangsung. – VIORY

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap