2026-07-02 HaiPress

Menteri Luar Iran,Abbas Araghchi/Foto Bernama
ISTANBUL,2 Julai – Menteri Luar Iran,Abbas Araghchi pada Rabu memberi amaran bahawa sebarang ancaman terhadap rakyat dan kepimpinan Iran “akan menerima tindak balas yang tegas serta merta,” lapor Anadolu Ajansi (AA).
RINGKASAN BERITA AI
−

Pemimpin Tertinggi Iran,Mojtaba Khamenei/Bernama
Kenyataan itu dibuat ketika Memorandum Persefahaman antara Washington dan Tehran,dikuat kuasa pada 18 Jun selepas ditandatangani secara elektronik oleh Trump dan Presiden Iran,Masoud Pezeshkian.
Perjanjian itu menyediakan rangka kerja untuk menamatkan perang yang tercetus pada penghujung Februari serta menyelesaikan isu-isu tertunggak antara Washington dan Tehran menerusi rundingan.
Ia merangkumi pemberhentian permusuhan di semua medan termasuk di Lubnan,pelonggaran sekatan,isu nuklear,pembukaan sepenuhnya Selat Hormuz serta aturan keselamatan serantau yang lebih menyeluruh.-Bernama