2026-07-07 HaiPress

METMalaysia
KUALA LUMPUR,7 Julai- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 melanda Kepulauan Talaud,Indonesia pada 3.16 petang tadi,menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
RINGKASAN BERITA AI
−
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 3.2 darjah Utara dan 127.5 darjah Timur,kira-kira 137 kilometer (km) tenggara dari Talaud Island,Indonesia.
Menurut kenyataan itu,gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km.
“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.