Rumah Produk Teknologi Gambar kereta Komuniti pemain Perniagaan setiap minggu Permainan hiburan Lebih

Presiden Singapura diberikan istiadat sambutan negara di Istana Negara

2026-07-13 HaiPress

Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,13 Julai- Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Istiadat Sambutan Negara kepada Presiden Singapura,Tharman Shanmugaratnam di Istana Negara bersempena dengan Lawatan Negara pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada September 2023.

RINGKASAN BERITA AI

Presiden Singapura kesembilan itu juga diraikan dan diberi penghormatan pada Majlis Jamuan Negara yang turut menyaksikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke majlis itu.

Tharman sedang mengadakan Lawatan Negara selama tiga hari ke Malaysia bermula 13 hingga 15 Julai atas jemputan Yang di-Pertuan Agong.

Kementerian Luar memaklumkan lawatan itu sebagai membalas Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Singapura pada 6 dan 7 Mei 2024.

Menurut kementerian itu,Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di dunia dan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Singapura mencecah RM402.35 bilion (US$93.97 bilion) pada 2025,peningkatan 1.5 peratus berbanding 2024.

Dari tempoh Januari hingga Mei 2026,jumlah perdagangan dua hala meningkat 14.5 peratus kepada RM189.90 bilion (US$47.87 bilion),berbanding RM165.93 bilion (US$37.65 bilion) dicatatkan dalam tempoh sama pada 2025. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap