2026-08-18 HaiPress

Foto REUTERS
SAN JOSE,17 Ogos – Apple membuat perubahan pada penggesa pemberitahuan antijejak aplikasi iPhone di negara-negara Eropah susulan kritikan daripada pengawal selia persaingan dan bantahan industri pengiklanan,sekali gus menamatkan siasatan oleh Pejabat Kartel Persekutuan Jerman,lapor agensi berita Jerman (dpa).
RINGKASAN BERITA AI
−
Selain itu,olahan ayat bagi pilihan yang diberikan turut diubah. Sebelum ini,pilihan pertama tertera “Minta Aplikasi Jangan Jejak” dan pilihan kedua “Benarkan”. Selepas ini,pilihan yang diberikan secara terus ialah “Benarkan” atau “Tolak” .
Versi baharu penggesa pemberitahuan ini hanya akan dipaparkan kepada pengguna yang kini berada di kawasan Kesatuan Eropah (EU),tanpa mengira negara asal mereka. -BERNAMA-dpa