Rumah Produk Teknologi Gambar kereta Komuniti pemain Perniagaan setiap minggu Permainan hiburan Lebih

IAEA sahkan penemuan beberapa tan bahan nuklear di Syria

2026-08-19 HaiPress

Ketua Pengarah IAEA,Rafael Grossi/ Foto AFP

DAMSYIK,19 Ogos – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menemui beberapa tan bahan nuklear di Syria,di lokasi yang dilaporkan Damsyik kepada agensi itu bulan lalu.

RINGKASAN BERITA AI

Grossi pula berkata,bahan itu akan direkodkan dan diletakkan bawah sistem perlindungan antarabangsa.

“Pakar Syria dan IAEA akan bekerjasama untuk menyimpan bahan tersebut dengan selamat. Kita sedang membuka lembaran baharu,namun tidak bermakna melupakan masa lalu,” katanya.

Selain lokasi yang dikenal pasti Syria baru-baru ini,Grossi turut melawat sebuah lagi lokasi di Deir Ezzor di bahagian timur,yang ditutup selama 18 tahun.

Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 2011 mengisytiharkan lokasi Syria itu,sangat berkemungkinan merupakan sebuah reaktor nuklear.

Pierre Razoux,pengarah akademik badan pemikir Perancis,FMES Institute memberitahu AFP bahawa bahan nuklear yang ditemui pada Selasa,kemungkinan besar mempunyai kaitan dengan program nuklear Syria yang dihentikan pada 2007 selepas serangan Israel ke atas lokasi Al-Kibar di Deir Ezzor.

Bagaimanapun katanya,Syria juga mungkin mempunyai bahan nuklear yang telah dilupuskan Iraq pada awal 2000-an.

Grossi berkata,penemuan itu mengesahkan syak wasangka lama IAEA bahawa Syria secara rahsia sedang membina sebuah reaktor.

Tahun lalu,badan pemantau berkenaan turut menemui zarah uranium di lokasi tersebut ketika pemeriksaan pada 2024. -AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap