2026-08-21 HaiPress

Foto FB Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR,21 Ogos – Pembinaan di kawasan penempatan E1 di timur Baitulmuqaddis akan memisahkan Tebing Barat dan menjejaskan prospek pembentukan tanah air Palestin,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RINGKASAN BERITA AI
−
Anwar menegaskan semula sokongan teguh Malaysia terhadap rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak boleh dinafikan untuk mempunyai sebuah negara yang berdaulat,berdaya maju,bersempadan dan merdeka.
Beliau berkata Malaysia akan mengambil perhatian serius terhadap mana-mana syarikat antarabangsa yang memilih untuk menyertai tender berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.
Bernama-Xinhua semalam melaporkan bahawa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres melahirkan kebimbangan berhubung laporan tentang kawasan penempatan baharu Israel yang tidak sah di Tebing Barat,dan menggesa Israel menghentikan tindakan selanjutnya.
Jurucakapnya,Stephane Dujarric berkata penempatan E1 akan memutuskan hubungan antara utara dengan selatan Tebing Barat,membawa kesan serius terhadap integriti wilayah Palestin yang diduduki dan menimbulkan ancaman kepada kewujudan penyelesaian dua negara.
– BERNAMA