2026-08-21 HaiPress

Foto Reuters
WASHINGTON,21 Ogos – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan baharu terhadap beberapa entiti Cuba,termasuk Kementerian Pembinaan negara itu,sebagai sebahagian usaha meningkatkan tekanan terhadap kerajaan komunis Havana.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Langkah ini menunjukkan pentadbiran Trump tidak akan bertolak ansur dengan usaha rejim Cuba membiayai penindasan atau meneruskan aktiviti anti-Amerika,” katanya.
Sementara itu,Menteri Luar Cuba,Bruno Rodriguez menolak tindakan tersebut dan mendakwa Rubio sengaja menyasarkan syarikat Cuba untuk menjejaskan ekonomi negara itu.
Beliau berkata,sekatan berkenaan turut menyukarkan kerajaan Cuba menyediakan perkhidmatan asas kepada rakyat.
Pentadbiran Presiden Donald Trump melancarkan kempen tekanan baharu terhadap Cuba sejak Januari lalu,termasuk sekatan terhadap konglomerat milik tentera,GAESA.
Tindakan berkenaan menambah tekanan terhadap ekonomi Cuba yang sudah berdepan kekurangan minyak,selain menyaksikan pelaburan asing dan aliran tunai ke negara itu terjejas.
AS turut mendakwa Cuba mengancam keselamatan negara dengan membantu Rusia,China dan Iran,selain menuduh Havana menyokong gerakan berhaluan kiri di Amerika Syarikat.-AFP