Rumah Produk Teknologi Gambar kereta Komuniti pemain Perniagaan setiap minggu Permainan hiburan Lebih

Trump tandatangan memorandum tingkat industri angkasa komersial AS

2026-08-21 HaiPress

Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump/ Foto REUTERS

WASHINGTON,21 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump menandatangani memorandum bagi meningkatkan industri angkasa komersial negara itu dengan sasaran sekurang-kurangnya 1,000 pelancaran dan kemasukan semula ke atmosfera setiap tahun menjelang 2030.

RINGKASAN BERITA AI

Pengarah Pejabat Dasar Sains dan Teknologi White House,Michael Kratsios,berkata dasar pengangkutan angkasa negara yang baharu itu memenuhi keperluan ketika pertumbuhan industri angkasa berkembang pesat.

Beliau berkata,dasar itu meletakkan AS pada kedudukan untuk menerajui era baharu penerokaan angkasa.

Selain itu,Trump mahu tapak kemasukan semula baharu milik kerajaan persekutuan dikenal pasti dalam tempoh 90 hari.

Beliau turut mengarahkan agensi kerajaan supaya tidak menjalankan aktiviti pengangkutan angkasa kerajaan AS yang boleh menghalang,mengekang atau bersaing dengan aktiviti pengangkutan angkasa komersial AS,kecuali jika diperlukan atas faktor keselamatan awam atau keselamatan negara.

Sementara itu,SpaceX milik Elon Musk,yang mendominasi sektor pelancaran komersial AS,melaksanakan 170 pelancaran pada 2025 dan menyasarkan sehingga 10,000 pelancaran setahun dalam tempoh lima tahun.-REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap