2026-08-21 HaiPress

Foto hiasan
LIMA,21 Ogos – Gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud melanda selatan Peru pada Khamis,pada pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu,Institut Geofizik Peru (IGP) merekodkan gempa itu pada magnitud 7.2 dengan kedalaman 108 kilometer.
IGP turut melaporkan gegaran susulan berukuran 4.2 magnitud berlaku pada pukul 4.30 petang waktu tempatan.
Rakaman yang disiarkan media Peru menunjukkan batu dan tanah runtuh dari lereng bukit di sekitar Coracora,wilayah Ayacucho,yang merupakan bandar paling hampir dengan pusat gempa dan mempunyai kira-kira 10,000 penduduk.
Sementara itu,Datuk Bandar Coracora,Yony Odon,berkata penduduk bertindak pantas dengan berpindah dan berlindung sejurus kejadian itu,sambil berharap tiada kerosakan besar berlaku.
Gempa bumi yang melanda Peru itu berlaku selepas dua gempa kuat melanda rantau berkenaan sejak Jun lalu.
Pada 24 Jun,gempa melanda Venezuela yang mengorbankan lebih 6,400 orang,manakala gempa kuat di Colombia minggu lalu menyebabkan hampir 300 orang maut.-AFP