2026-08-21 HaiPress

Makmal Dasar APEC sebahagian pelaksanaan projek Kertas Dasar Wanita dalam STEM dan Ekonomi Digital berlangsungg di China / Foto Universiti Sains Malaysia
KUALA LUMPUR,21 Ogos – Malaysia dan Peru bekerjasama dalam usaha memperkasa penglibatan wanita dalam bidang Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta ekonomi digital di rantau Asia Pasifik.
RINGKASAN BERITA AI
−

Foto Universiti Sains Malaysia
Makmal Dasar APEC atau APEC Policy Lab,sebahagian pelaksanaan projek telah berlangsung di Dalian,China pada 17 hingga 18 Ogos 2026 yang menghimpunkan pakar,penyelidik serta wakil daripada ekonomi APEC.
Dr. Miharaini berkata Makmal Dasar APEC menjadi platform strategik perkongsian ilmu serantau yang memberi tumpuan perkongsian pengalaman,amalan terbaik dan strategi dalam menangani halangan yang dihadapi wanita dalam STEM dan ekonomi digital.
“Perbincangan turut merangkumi pembangunan kemahiran,penyertaan dalam pasaran pekerjaan,keusahawanan,akses kepada peluang ekonomi serta usaha memperkukuh peranan wanita sebagai pencipta,inovator dan pemimpin dalam sektor berasaskan teknologi,” katanya lagi.
Projek bernilai kira-kira RM517,000 dijangka menghasilkan kertas kajian dasar,cadangan dasar berasaskan bukti serta Digital Toolkit yang menghimpunkan amalan terbaik,sumber dan strategi praktikal bagi membantu ekonomi APEC sekali gus meningkatkan penyertaan wanita dalam STEM dan ekonomi digital.
Usaha tersebut mendapat sokongan dan fasilitasi daripada Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi,Malaysia serta Consejo Nacional de Ciencia,Tecnología e Innovación Tecnológica (CONCYTEC),Peru.
Kerjasama Malaysia dan Peru bukan sahaja memperkukuh agenda keterangkuman gender dalam APEC,malah membuka ruang kepada pembangunan pendekatan dasar yang lebih responsif terhadap cabaran sebenar yang dihadapi wanita dalam menghadapi perubahan teknologi dan perkembangan ekonomi digital.