2026-08-22 HaiPress

Lelaki bersenjatakan pedang menyerang sebuah sekolah menengah di Fagersta / Foto REUTERS
FAGERSTA,22 Ogos – Polis Sweden menemui seorang mangsa maut selepas lelaki bersenjatakan pedang menyerang sebuah sekolah menengah di Fagersta,pada Jumaat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Setakat ini,pihak polis tidak mempunyai sebarang petunjuk bahawa terdapat lebih daripada seorang pelaku dalam insiden tersebut.
“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif serangan,” katanya.
Penyiar awam Sweden,SVT,melaporkan suspek dipercayai bekas pelajar sekolah berkenaan serta pernah mempunyai sabitan atas kesalahan menyerang.
Suspek dilaporkan membawa pedang dan memakai topi keledar ketika melakukan serangan.
Terdahulu,polis menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 2 petang waktu tempatan sebelum mengerahkan anggota ke lokasi.
Pelajar di sekolah berkenaan dan beberapa sekolah berhampiran turut diarahkan berada dalam keadaan berkurung selama lebih tiga jam ketika operasi polis dijalankan. – REUTERS