2026-08-22 HaiPress

(Dari atas kiri) Danial Haikal,Luqman Hakim (dari bawah kiri) Ahmad Idham Suni dan M. Karthigesha/ RTM
IPOH,22 Ogos- Cadangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dilihat mahasiswa sebagai langkah yang dapat memperluas ruang kebebasan bersuara serta memperkasakan peranan pelajar dalam institusi pengajian tinggi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Ahmad Idham Suni menyifatkan pemansuhan AUKU sebagai satu inisiatif untuk bergerak ke hadapan dengan memberikan lebih kebebasan kepada pelajar.
“Saya melihat pemansuhan AUKU sebagai satu inisiatif untuk kami bergerak ke hadapan,dengan memberikan lebih kebebasan kepada pelajar,pada masa sama memastikan kami dapat berkembang ke arah yang lebih baik.”
Bagi M. Karthigeshan,langkah itu juga dapat membina keyakinan dan keberanian mahasiswa untuk menyentuh pelbagai isu serta mengemukakan pandangan dan cadangan berkaitan pendidikan,politik,ekonomi dan sosiologi masyarakat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU 1971 secara keseluruhan.
Rang undang-undang berkaitan perkara itu akan dibawa ke Parlimen tahun ini untuk dibahaskan.