2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,10 Jun - Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel mencerminkan langkah berani bersifat progresif oleh kerajaan MADANI.
Menurut Pensyarah Kewangan Islam,Qatar Foundation,Prof. Madya Eskandar Shah Mohd Rasid,meski bukan keputusan popular,namun dasar ini harus dilakukan demi masa depan ekonomi negara.
Ujar beliau agenda pembangunan negara juga berdepan cabaran,apabila bebanan subsidi yang perlu ditanggung kerajaan meningkat saban tahun.
"Mana-mana kerajaan yang membelanjakan satu pertiga hasil ke subsidi,susah untuk kerajaan nak melaksanakan tanggungjawab asas yang mana kita kena membina infra asas untuk membangunkan negara.
"Jadi kalau kita tengok dari segi keadaan fiskal negara yang mana hutang kita semakin meningkat,perbelanjaan pembangunan semakin berkurangan,jadi mahu tidak mahu sama ada kita naikkan cukai,cukai pendapatan,atau apa-apa sahaja cukai yang mengurangkan perbelanjaan," katanya ketika dihubungi RTM.
Katanya,yang perlu diutamakan adalah cara penjimatan daripada pengurangan subsidi kerajaan dapat diuruskan dengan berkesan di samping dapat memastikan setiap rakyat menikmati manfaat pelaksanaannya.
"Ini yang saya rasa beban kepada kerajaan sekarang untuk menunjukkan segala penjimatan ini digunakan sebagai satu pengagihan sama rata,jurang kekayaan kepada rakyat yang miskin dan kaya.
"insentif untuk beralih kepada ekonmi baru yang berasaskan kelestarian digitalisasi dan sebagainya. Kita akan melihat hasilnya dalam masa setahun dua bila rakyat akan memberi tindak balas kepada insentif baru yang kerajaan perkenalkan," katanya.
Menteri Kewangan Dua,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini memaklumkan,pembiayaan subsidi diesel meningkat 10 kali ganda daripada RM1.4 bilion pada 2019 kepada RM14.3 bilion pada 2023.