Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Pemindahan teknologi pertanian moden bawah Projek Transformasi Changlun

2025-06-04 HaiPress

Peserta yang mengusahakan 300 polibeg tanaman fertigasi cili mampu menjana sekitar RM750 sebagai pendapatan bulanan dan ini mampu meningkatkan pendapatan isi rumah peserta / Foto UUM

CHANGLUN,4 Jun – Pelaksanaan penanaman fertigasi cili dipilih sebagai salah satu program di bawah Projek Transformasi Changlun (CTP) adalah kerana ia mampu meningkatkan pendapatan kepada peserta dan merupakan inisiatif perusahaan sosial yang berimpak tinggi.

Menurut Ketua Projek Pembangunan Komuniti Pertanian Moden (D’MAC),Dr. Rozana Samah,jika penanaman fertigasi cili dilaksanakan secara meluas,projek tersebut dapat menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

“Sehingga kini,kami telah berjaya melakukan pemindahan teknologi pertanian moden berkaitan kaedah fertigasi untuk penanaman cili kepada 20 peserta dari Mukim Temin dan Mukim Sungai Laka di Kubang Pasu. Setiap peserta menerima sistem fertigasi lengkap untuk 300 polibeg tanaman cili sebagai program rintis. Projek tersebut didapati telah stabil dan mengeluarkan hasil memberangsangkan. Ini merupakan salah satu projek yang diintegrasi di bawah CTP bagi tujuan meningkatkan pembangunan sosioekonomi komuniti di Changlun. Projek ini adalah hasil kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Kementerian Kewangan (MoF) dikenali sebagai D’MAC yang bermatlamat meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat luar bandar melalui teknologi pertanian moden,”jelas beliau.

Selain pemindahan teknologi pertanian moden kepada kumpulan sasaran,pembangunan komuniti turut melibatkan pemindahan ilmu pengurusan kewangan dan pengurusan pemasaran digital.

“Jadi,projek ini sangat relevan untuk CTP kerana berlaku pemindahan ilmu yang komprehensif yang mampu diamalkan oleh peserta dan komuniti yang sekaligus dapat memastikan kelangsungan projek selain mencapai objektif membina komuniti pertanian moden di Changlun. Secara keseluruhan,projek ini membawa impak positif kepada komuniti,industri,kerajaan dan akademik. Paling utama,ia selaras dengan Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu penghapusan kemiskinan,menangani masalah kekurangan makanan dan mewujudkan peluang pekerjaan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi,”katanya lagi.

Jelas Dr. Rozana,antara kelebihan kaedah penanaman fertigasi adalah pengurangan kos operasi,menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan tenaga kerja.

Ia juga meningkatkan kualiti produk dan produktiviti menerusi penggunaan sistematik sistem pengairan serta baja yang menambahbaik keberkesanan dari segi pengeluaran hasil serta keuntungan kepada peserta.

“Jika peserta berjaya menguruskan 300 polibeg tanaman cili,ia dapat menjana pendapatan sekitar RM750 sebulan. Selain itu,kaedah ini tidak memerlukan tanah yang luas selain penggunaan air yang jimat menggunakan peranti automatik mengawal air. Projek fertigasi sangat popular ketika ini kerana ia adalah amalan pertanian moden yang selari dengan National Agrofood Policy (DAN 2.0) yang fokus kepada usaha membangunkan sektor pertanian menjadi lebih moden untuk meningkatkan keselamatan makanan negara,” jelas Dr. Rozana.

Projek ini turut disertai oleh Ketua Program Perusahaan Sosial MoF-UUM,Prof. Dr. Mukaramah Harun,penyelidik Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (EcoFI),Prof. Madya Dr. Roslina Kamaruddin serta pasukan penyelidik Pusat Pengajian Ekonomi,Kewangan dan Perbankan (SEFB) iaitu Dr. Sabariah Nordin,Dr. Juhaida Abu Bakar dan Dr. Hartinee Abbas.

Bagi memastikan projek itu dipantau secara komprehensif,penyelidik Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM),Ts. Dr. Mathivannan Jagathanan turut berkongsi kepakaran beliau di samping kerjasama strategik industri iaitu AMM Agrofarm.

CTP yang dilancarkan pada Januari 2025 bermatlamat memperkasa komuniti menjadi Komuniti Berpengetahuan serta memiliki pemikiran progresif.

Pelaksanaan program kepada komuniti di Changlun dibuat berdasarkan strategi-strategi yang telah digariskan dalam tempoh 10 tahun mengikut perancangan strategik CTP.

Bagi tahun pertama hingga lima,rangka kerja CTP memberi tumpuan kepada usaha membina asas yang fokus kepada pemerkasaan pendidikan,keterlibatan komuniti dan merintis pelbagai projek transformasi.

Manakala,bagi tahun keenam hingga sepuluh pula,CTP akan berusaha memanfaatkan asas-asas yang telah dibina untuk mengintegrasikan sepenuhnya teknologi moden dan amalan lestari dalam kalangan komuniti Changlun.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap