Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

RMK13 : Pemantauan berkala elak ketirisan, kelewatan projek

2025-08-04 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,3 Ogos - Komitmen kerajaan untuk memantau setiap projek pembangunan yang dirancang bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) secara berkala dapat mengelakkan ketirisan dan kelewatan projek,sehingga menjejaskan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan negara.

Menurut Perunding Dasar dan Polisi Awam Faizal Riduan,Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mendedahkan kelemahan dalam pemantauan,menjadi antara punca utama kegagalan pelaksanaan projek bawah RMK12.

Jelas beliau,ketirisan dalam pelaksanaan projek juga memberi kesan besar kepada ekonomi dan integriti pentadbiran.

"Sebenarnya usaha-usaha ini sesuatu yang baik sebab kalau kita teliti Laporan Ketua Audit Negara bagi Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan berakhir pada hujung tahun 2025,setakat ini 169 projek didapati mengalami kelewatan. Ini yang membimbangkan kita kerana kelewatan akan menyebabkan rakyat yang marah bertindak balas dalam keadaan kecewa kerana projek itu lambat disiapkan",katanya kepada Berita RTM.

Beliau yang menyokong penuh usaha kerajaan itu berpendapat,inisiatif merancang sistem audit awal dan berkala sebagai sebahagian daripada reformasi pentadbiran RMK13.

Budaya pemantauan ini perlu diterapkan secara meluas di semua peringkat,termasuk oleh wakil rakyat dan penjawat awam di peringkat akar umbi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap