Rumah Produk Teknologi Gambar kereta Komuniti pemain Perniagaan setiap minggu Permainan hiburan Lebih

Pengurusan banjir secara berkesan, hadapi cabaran perubahan iklim.

2026-08-05 HaiPress

Foto RTM

BANGI,5 Ogos Pendekatan pengurusan banjir di Malaysia perlu beralih daripada strategi reaktif kepada pendekatan yang lebih proaktif.

RINGKASAN BERITA AI

“Aspek teknologi turut diberi penekanan,khususnya penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong proses membuat keputusan.

“Teknologi AI membantu memproses data dalam jumlah yang besar dalam tempoh yang lebih singkat,sekali gus membolehkan keputusan dibuat dengan lebih pantas,tepat dan berkesan,” katanya selepas merasmikan Simposium Bah Monsun 2026 (SimBAH 2026) di sini,hari ini.

Dalam pada itu,JPS terus memperkukuh pengurusan banjir menerusi pendekatan struktur dan bukan struktur.

Pendekatan struktur merangkumi pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB),pembinaan kolam takungan,rumah pam,pintu kawalan air serta kerja-kerja pemulihan sungai dan perlindungan pantai.

Sementara pendekatan bukan struktur pula melibatkan pelaksanaan Pelan Induk Tebatan Banjir (PITB),Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) serta Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) bagi memperkukuh pengurusan risiko banjir dan sistem penyampaian amaran awal.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap