Rumah Produk Teknologi Gambar kereta Komuniti pemain Perniagaan setiap minggu Permainan hiburan Lebih

Projek Lebuhraya Bertingkat BSE dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri

2026-08-27 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,27 Ogos – Jemaah Menteri meluluskan secara prinsip cadangan pembangunan Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia–Seri Kembangan (BSE),yang disifatkan sebagai projek infrastruktur strategik bagi meningkatkan kesalinghubungan di kawasan Greater Kuala Lumpur.

RINGKASAN BERITA AI

Ia turut menghubungkan Lebuhraya Baru Pantai (NPE),Lebuhraya Shah Alam (KESAS) serta rangkaian Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (SPRINT) yang lebih luas.

Datuk Seri Alexander berkata,pembangunan BSE bukan sekadar melibatkan pembinaan lebuh raya baharu,sebaliknya merupakan pelaburan jangka panjang bagi memperkukuh kesalinghubungan,keterangkuman pembangunan dan daya saing ekonomi negara.

Susulan kelulusan secara prinsip itu,Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama agensi berkaitan termasuk Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan meneruskan rundingan dan penilaian terperinci bagi memuktamadkan struktur pelaksanaan projek.

Beliau berkata kerajaan akan meneliti setiap aspek,khususnya melibatkan kepentingan awam,nilai terbaik kepada negara dan kemampanan fiskal sebelum keputusan muktamad dibuat.

Cadangan pembangunan BSE berpandukan pendekatan pembiayaan sektor swasta tanpa melibatkan komitmen kewangan langsung daripada Kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama,kerajaan turut meneliti beberapa cadangan penyelesaian infrastruktur lain bagi melengkapkan rangkaian jalan raya serta menangani kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap