2026-08-06 HaiPress

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia,Belia,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang,Datuk Fadzli Mohamad Kamal / Foto Pahang Media
KUANTAN,6 Ogos – Kes vandalisme dan kecurian di lokasi infrastruktur telekomunikasi di Pahang terus membimbangkan apabila mencatatkan kerugian melebihi RM3 juta sepanjang tahun lalu,sekali gus mendorong kerajaan negeri memperketat syarat pembaharuan lesen syarikat telekomunikasi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel dan Kempen Pencegahan Vandalisme dan Kecurian di Lokasi Infrastruktur Komunikasi Peringkat Negeri Pahang di sini,hari ini.
Menurut Datuk Fadzli,kabel,bateri,kad peralatan komunikasi,unit Remote Radio Unit (RRU) dan minyak diesel merupakan antara peralatan yang paling kerap menjadi sasaran pencuri.
Katanya,kejadian vandalisme dan kecurian bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada syarikat telekomunikasi,malah mengganggu perkhidmatan komunikasi serta menjejaskan urusan harian pengguna di kawasan terlibat.
Beliau turut menggesa masyarakat memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan infrastruktur komunikasi.