2026-08-06 HaiPress

Foto RTM
PUTRAJAYA,6 Ogos – Tabika Tunas Istimewa akan diperluas dengan sasaran sekurang-kurangnya sebuah tabika beroperasi di setiap daerah menjelang 2027.
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri KKDW berkata kementeriannya kekal mengutamakan proses memahami keperluan dan pandangan rakyat sebelum memuktamadkan keputusan dan melaksanakan sebarang dasar.
Selain itu,beliau berkata setiap Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) ditetapkan untuk mencapai Pulangan Atas Aset (ROA) optimum antara empat hingga enam peratus.
“Kesemua LKW turut diarahkan menyediakan Pelan Pengaktifan Aset dalam tempoh 100 hari bagi memastikan aset kerajaan dimanfaatkan secara lebih produktif dan memberi pulangan kepada rakyat,” katanya lagi.